FROM THE DIRECTORS' DESK
 
 
 
 
  CONTACT US
From The Directors' Desk
 

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera kepada semua putera dan puteri lepasan MRSM baik dari Kumpulan perintis dari MRSM Seremban hinggalah ke kumpulan terkini dari MRSM Raub, Pahang.

Se tinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah berjaya menjadi pemimpin dan usahawan di semua sektor termasuk pentadbiran kerajaan, perkhidmatan awam, GLC, industri kewangan, apa jua bidang perkhidmatan, syarikat multi-nasional dan lain-lain. Sesungguhnya kejayaan anda semua amat membanggakan semua staf yang telah dan sedang berkhidmat di MRSM. “You all really make us feel proud, happy and fulfilled”. Kepada yang lain, tingkatkan usaha agar cita-cita anda tercapai jua suatu hari nanti.

Di kesempatan yang diberikan ini, saya ingin mengalu-alukan dan menyokong se penuhnya idea dan usaha se kumpulan pelajar lepasan MRSM untuk menubuhkan Koperasi Anak Sains Mara (Asmara). Saya yakin dan percaya koperasi yang bakal dianggotai oleh begitu ramai bekas pelajar, baik senior mahupun junior dan staf MRSM dan konsep perniagaan yang akan diuruskan oleh para profesional dan cendikiawan lepasan MRSM pasti akan memberi manfaat dan sumbangan yang bermakna kepada semua ahlinya di samping menjadi salah satu koperasi yang terunggul, berwibawa, dihormati dan berperanan kepada negara di masa akan datang. “This is something which is long overdue and I reckon it’s better now than later”.

Justeru itu saya ingin menyarankan agar usaha murni ini akan mendapat sokongan dari semua bekas pelajar dan staf MRSM untuk menjadi ahli agar penubuhannya akan menjadi satu realiti di masa yang terdekat ini.

Saya juga doakan agar semua pelajar lepasan dan staf MRSM memperolehi kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t .

Sekian, wassalam


Dato’ Md Mydin Md Sheriff
Pengerusi Koperasi Anak Sains Mara Berhad