| BAHAGIAN
IV |
| KEANGGOTAAN |
| 9. |
Anggota-anggota
Koperasi ini terdiri daripada sekelian mereka yang turut sama
dalam permohonan untuk mendaftarkan Koperasi ini dan mereka
yang diterima menjadi anggota selepas pendaftaran mengikut
Peraturan dan Undang-undang Kecil ini dari semasa ke semasa. |
Anggota |
|
| 10. |
(1) |
Keanggotaan
Koperasi ini terbuka kepada bekas pelajar mana-mana Maktab
Rendah Sains MARA dan warga kerja serta bekas warga kerja
mana-mana Maktab Rendah Sains MARA serta ahli keluarga mereka. |
Kelayakan menjadi
anggota. |
|
| |
(2) |
Menurut
seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota
Koperasi ini mestilah :- |
|
| |
|
(a) |
warganegara Malaysia; |
|
| |
|
(b) |
telah mencapai umur lapan belas tahun; |
|
| |
|
(c) |
bermastautin atau
bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi
ini; dan |
|
| |
|
(d) |
bukan seorang yang
terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan
boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap
yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan
mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun. |
|
|
| 11. |
Permohonan
menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi
ini dan dialamatkan kepada setiausaha. |
Permohonan menjadi anggota. |
|
| 12. |
(1) |
Tiap-tiap
permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi
masuk sebanyak lima puluh ringgit. Fi masuk itu menurut perenggan
50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya
ditolak oleh Lembaga. |
Fi masuk. |
|
| |
(2) |
Bekas
anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan
fi masuk sebanyak lima puluh ringgit. |
|
|
| |
(3) |
Penama
atau wakil yang sah menurut seksyen 24 Akta kepada anggota
yang mati, jika layak menurut undang-undang kecil 10 dan memohon
untuk menjadi anggota dalam masa tiga bulan selepas kematian
anggota itu, tidak dikenakan fi masuk. |
|
|
| |
(4) |
Semua fi masuk
hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi. |
|
|
| 13. |
(1) |
Menurut
subperaturan 10(1) Peraturan, seseorang yang memohon untuk
menjadi anggota hendaklah diminta menandatangani suatu ikrar
bahawa dia akan terikat dengan Undang-undang Kecil ini dan
aturan-aturan aktiviti yang sedia ada dan apa-apa pindaan
kepada Undang-undang Kecil dan aturan-aturan tersebut, yang
dibuat dengan sah semasa tempoh keanggotaannya, dan bahawa
dia bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan atau seorang
yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan
yang boleh daftar dan dia tidak pernah dibuang daripada keanggotaan
mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun. Mana-mana pemohon
yang enggan menandatangani ikrar tersebut tidak boleh diterima
menjadi anggota. |
Ikrar anggota.
|
|
| |
(2) |
Menurut
subperaturan 10(2) Peraturan, seseorang yang telah menjadi
anggota dengan sebab turut sama dalam membuat permohonan bagi
pendaftaran Koperasi ini dikehendaki menandatangani ikrar
yang serupa dalam masa empat puluh lima hari selepas diterima
perakuan pendaftaran Koperasi. |
|
|
| 14. |
Permohonan
menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam
mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan
itu tanpa menyatakan sebab-sebabnya. Seseorang yang diterima
menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis tidak
lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu. |
Penerimaan menjadi anggota. |
|
| 15. |
Menurut
seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan
bayaran penuh satu ribu ringgit syer bolehlah melaksanakan
segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota
sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini. |
Perolehan hak, kewajipan dan
liabiliti anggota. |
|
| 16. |
Tiap-tiap
anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undang-undang
Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran sebanyak
sepuluh ringgit tiap-tiap satu. |
Pemberian Undang-undang Kecil. |
|
| 17. |
(1) |
Tiap-tiap
anggota yang bukan Muslim hendaklah, dengan mengisi satu borang
rasmi Koperasi ini, di hadapan sekurang-kurangnya dua saksi
yang mengakusaksikan perkara yang sama atau dengan suatu akuan
yang dibuat sewajarnya, menamakan seorang atau lebih daripada
seorang sebagai penama yang kepadanya syer atau kepentingan
anggota itu atau nilai syer atau kepentingan itu atau apa-apa
wang lain yang disebut dalam seksyen 24 Akta yang kena dibayar
kepada anggota itu boleh, dengan kematian anggota itu, dipindahkan
atau dibayar menurut seksyen tersebut itu, dan anggota itu
boleh dengan cara yang sama dari semasa ke semasa membatalkan
atau menukar penamaan tersebut. Dalam hal-hal sedemikian,
nilai syer atau kepentingan anggota itu hendaklah sama dengan
jumlah wang yang sebenarnya dibayar oleh anggota itu untuk
memperolehi syer atau kepentingan tersebut itu sebagaimana
yang dinyatakan di bawah subperaturan 7(1) Peraturan. |
Penama. |
|
| |
(2) |
Tiap-tiap
anggota Muslim hendaklah dengan cara yang sama seperti yang
diperuntukkan dalam fasal (1) undang-undang kecil ini menamakan
seorang wasi dari kalangan waris-waris terdekat yang mutlak
tassarrufnya untuk menerima setelah dia mati wang-wang yang
terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada
waris-waris yang berhak mengikut hukum Islam dan hendaklah
memberitahu Koperasi akan perubahan-perubahan, jika ada, mengenai
penamaan itu. |
|
|
| |
(3) |
Tertakluk
kepada undang-undang kecil 10, seseorang penama atau wasi
bagi maksud subperaturan 7(3) Peraturan, bolehlah diterima
menjadi anggota dan penama atau wasi yang demikian itu hendaklah
dianggap telah menjadi anggota mulai tarikh anggota yang digantikannya
itu diterima sebagai anggota |
|
|
| 18. |
(1) |
Liabiliti
seseorang anggota terhadap hutang-hutang Koperasi ini sekiranya
pendaftaran Koperasi ini batalkan hendaklah terhad kepada
jumlah syer yang dimilikinya. |
Liabiliti anggota. |
|
| |
(2) |
Liabiliti
seseorang bekas anggota terhadap hutang-hutang Koperasi yang
ada pada tarikh keanggotaannya terhenti hendaklah tidak berterusan
lebih daripada dua tahun dari tarikh itu seperti yang diperuntukkan
di bawah subseksyen 35(1) Akta. |
|
|
| |
(3) |
Harta
pusaka seseorang anggota yang telah mati hendaklah menurut
subseksyen 35(2) Akta, tidak bertanggungan bagi hutang-hutang
Koperasi yang ada pada tarikh kematiannya itu lebih daripada
dua tahun dari tarikh itu. |
|
|
| 19. |
Menurut peruntukan
seksyen-seksyen 26, 27 dan 29 Akta, seseorang anggota akan hilang
kelayakannya sebagai anggota jika dalam masa menjadi anggota
dia :- |
Hilang kelayakan sebagai anggota. |
| |
|
(a) |
hilang kewarganegaraan;
atau |
|
| |
|
(b) |
hilang keupayaan
dari segi mental; atau |
|
| |
|
(c) |
diisytiharkan bankrap;
atau |
|
| |
|
(d) |
disabitkan atas sesuatu
kesalahan boleh daftar; atau |
|
| |
|
(e) |
dibuang daripada
keanggotaan mana-mana koperasi dan suatu tempoh selama satu
tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu; atau |
|
| |
|
(f) |
tidak lagi bermastautin,
bekerja dan memiliki tanah dalam kawasan operasi Koperasi;
atau |
|
| |
|
(g) |
telah menjadi anggota
koperasi berdaftar lain yang tujuan utamanya ialah untuk memberikan
pinjaman kepada anggotanya. |
|
|
| 20. |
(1) |
Keanggotaan
seseorang anggota terhenti atas sebab-sebab di bawah ini,
mengikut mana yang berkenaan:- |
Terhenti menjadi anggota. |
| |
|
(a) |
mati; atau |
|
| |
|
(b) |
menarik diri mengikut undang-undang kecil
21; atau |
|
| |
|
(c) |
dibuang mengikut undang-undang kecil 22;
atau |
|
|
| |
(2) |
Lembaga hendaklah
menyingkir seseorang anggota yang:- |
|
| |
|
(a) |
didapati membuat
ikrar palsu di bawah undang-undang kecil 13; atau |
|
| |
|
(b) |
menurut peraturan
11 Peraturan, hilang kelayakan sebagai anggota di bawah undang-undang
kecil 19; atau |
|
| |
|
(c) |
terhenti keanggotaannya
di bawah perenggan (c) dan (d) fasal (1) undang-undang kecil
ini. |
|
|
| 21. |
(1) |
Seseorang
anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi
notis bertulis tiga bulan terlebih dahulu kepada Lembaga.
Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan
penarikan diri dalam masa yang singkat. |
Menarik diri. |
|
| |
(2) |
Melainkan
tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan
anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari genap tempoh
notisnya. |
|
|
| |
(3) |
Dalam
tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai
hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota. |
|
|
| 22. |
(1) |
Jika
seseorang anggota melanggar mana-mana peruntukan Undang-undang
Kecil ini atau melakukan mana-mana satu daripada perbuatan-perbuatan
berikut: |
Pembuangan oleh mesyuarat agung. |
| |
|
(a) |
merujukkan pertikaian
atau aduan kepada mana-mana orang selain daripada Ketua Pendaftar
atau tribunal; atau |
|
| |
|
(b) |
membuat kenyataan
dalam akhbar atau mana-mana media massa mengenai Koperasi
ini tanpa kebenaran Lembaga; atau |
|
| |
|
(c) |
membuat tuduhan palsu
ke atas anggota Lembaga atau anggota-anggota atau bekas anggota
atau pekerja Koperasi ini sehingga menyebabkan anggota-anggota
berpecah-belah dan berpuak-puak; atau |
|
| |
|
(d) |
memburuk-burukkan
Koperasi sehingga mencemarkan nama baik dan menjejaskan urusan
perniagaan Koperasi ini; atau |
|
| |
|
(e) |
bertindak di luar
etika mesyuarat di dalam mana-mana mesyuarat sehingga menjejaskan
perjalanan mesyuarat itu, |
|
| |
|
dia
hendaklah dianggap telah bertindak dengan cara yang memudaratkan
kepentingan Koperasi ini dan bolehlah digantung keanggotaannya.
|
|
|
| |
(2) |
Keputusan
untuk menggantung keanggotaan seseorang anggota boleh dibuat
oleh Lembaga hanya setelah anggota yang berkenaan itu diberitahu
secara bertulis mengenai tuduhan yang jelas terhadapnya dan
diberi peluang untuk menyatakan sebab-sebab mengapa keanggotaannya
tidak boleh digantung. |
|
|
| |
(3) |
Tiap-tiap
kes penggantungan hendaklah dibentangkan kepada mesyuarat
agung yang terawal dan dijadikan sebagai agenda pertama, dan
anggota yang digantung keanggotaannya itu hendaklah diberitahu
secara bertulis tidak kurang daripada lima belas hari sebelum
diadakan mesyuarat, tentang tarikh, masa, tempat dan haknya
untuk membela diri akan dijalankan di mesyuarat itu. |
|
|
| |
(4) |
Sebelum
memutuskan pembuangan anggota itu, mesyuarat agung hendaklah
mendengar penjelasan anggota yang digantung oleh Lembaga itu,
jika dia memilih untuk memberi penjelasan, dan keanggotaannya
tidak lucut melainkan jika mesyuarat agung dengan undi dua
pertiga daripada anggota yang hadir membuat keputusan membuangnya. |
|
|
| |
(5) |
Sehingga
perkara penggantungan keanggotaannya diputuskan oleh mesyuarat
agung, anggota yang berkenaan itu tidak mempunyai apa-apa
hak dan kewajipan sebagai anggota melainkan hak menyuarakan
hal penggantungan keanggotaannya itu di dalam mesyuarat agung. |
|
|
| 23. |
(1) |
Jika
seseorang anggota terhenti daripada menjadi anggota Koperasi
ini mengikut undang-undang kecil 20, semua wang kepunyaannya
melainkan nilai syer miliknya setelah ditolak hutangnya dengan
Koperasi ini hendaklah :- |
Penyelesaian wang anggota. |
| |
|
(a) |
sekiranya dia dibuang,
dikembalikan kepadanya dengan segera tanpa apa-apa syarat;
atau |
|
| |
|
(b) |
sekiranya dia hilang
keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir bagi pusakanya
atau tiada pemegang amanah bagi hartanya yang telah dilantik,
dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan wajar untuk menerima
bagi pihaknya sebaik sahaja penerima itu ditentukan; atau |
|
| |
|
(c) |
sekiranya dia mati,
dikembalikan kepada penamanya atau warisnya atau wakilnya
yang sah mengikut seksyen 24 Akta. Disyaratkan bahawa bagi
seseorang anggota Muslim, pengembalian tidak boleh dibuat
melainkan kepada wakilnya yang sah atau kepada Pegawai Pentadbir
Pusaka jika selepas enam bulan dari tarikh kematiannya, wakilnya
yang sah tidak dapat dipastikan atau telah tidak dilantik;
atau |
|
| |
|
(d) |
sekiranya dia menarik
diri, dikembalikan kepadanya selepas akhir tempoh notis; atau |
|
| |
|
(e) |
sekiranya dia tidak
lagi bermastautin, mempunyai tanah dan bekerja dalam kawasan
operasi Koperasi, dikembalikan kepadanya dengan segera. |
|
| |
|
|
|
|